Majlis Perasmian Projek Naiktaraf Jalan Majlis Perasmian Projek Naiktaraf Jalan

Jeli - 24 November 2018, Projek naik taraf jalan Kampung Berdang ke Kampung Sungai Rual Melayu seterusnya ke Kampung Sungai Rual bukan sahaja dapat memendekkan jarak perjalanan malah turut membantu meningkatkan industri hiliran. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Projek melibatkan jarak sejauh 5.6 kilometer tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, tiga jambatan merentasi Sungai Rual, Sungai Manok dan Sungai Salak serta pembinaan sistem perparitan, saliran dan pembentungan, melibatkan kos RM85 juta.

Pembinaan projek menaik taraf Jalan Kampung Berdang ke Kampung Sungai Rual di sini, beri manfaat kepada lebih 3,320 penduduk di kawasan luar Bandar. Projek ini bermula pada 26 Ogos 2013 dan dijalankan Syarikat Chengal Jati Sdn Bhd, siap sepenuhnya pada Januari 2017. Projek ini juga menjadi jalan alternatif ke jalan utama Lebuh Raya Timur Barat dan memberi keselesaan kepada pelajar dan guru Sekolah Rendah Sungai Rual berulang-alik. Selain itu, penduduk dapat memasarkan sendiri hasil pertanian mereka sekali gus membantu penduduk menjana pendapatan lebih tinggi tanpa melalui orang tengah.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Datuk Sazmi Miah, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa bin Mohamed, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, En Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim.

 

Majlis Perasmian Projek Naiktaraf Jalan dari Berdang ke Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan   Majlis Perasmian Projek Naiktaraf Jalan dari Berdang ke Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan

Klik disini untuk lihat gambar Majlis Perasmian Projek Naiktaraf Jalan dari Berdang ke Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan