
Kemudahan Pengurusan
Program ini membantu khidmat operasi sokongan melalui kemudahan-kemudahan pengurusan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program-program pembangunan. Pada tahun 2010, sejumlah RM1,462,000.00 telah diluluskan bagi pelaksanaan empat projek di bawah program ini iaitu Kenderaan (RM27,000.00), Rekreasi dan Keceriaan (RM40,000.00), Bina dan Ubahsuai Pejabat (RM1,340,000.00) dan Peralatan Bengkel/ Pejabat (RM55,000).
Pencapaian
Perbelanjaan RM1,462,000.00 (100%) telah dibuat pada tahun 2010. Perolehan satu unit kenderaan telah dilaksanakan di samping pembelian peralatan/hiasan untuk keceriaan pejabat. Pembinaan Pejabat Wilayah Kuala Krai yang bermula pada tahun 2009 disambung pada tahun 2010.