Sambutan Hari Merdeka Tahun 2017 Sambutan Hari Merdeka Tahun 2017

Bertempat di Dataran KESEDAR Putra Gua Musang telah berlangsungnya majlis Sambutan Hari Merdeka Tahun 2017 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat KESEDAR. Majlis seperti ini merupakan acara rasmi tahunan KESEDAR.

Majlis bermula seawal jam 8.30 malam, dengan ketibaan tetamu jemputan yang mula memenuhi khemah. Sejurus selepas itu, ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, YB En. Ab. Aziz bin Yusoff diiringi oleh Pengurus Besar KESEDAR, YBhg Dato' Haji Fazam bin Mat Lazim serta pegawai-pegawai KESEDAR.

Ucapan aluan oleh En. Ab. Aziz, seterusnya merasmikan majlis Sambutan Hari Merdeka pada tahun ini. Majlis juga turut menyampaikan cenderamata kepada Tokoh Kemerdekaan Gua Musang Tahun 2017.

Majlis disajikan dengan persembahan Dikir Barat KESEDAR, Tarian Sewang oleh masyarakat Orang Asli Gua Musang dan persembahan Khas artis jemputan. Majlis berakhir dengan pertunjukan bunga api.

 

Merdeka   Merdeka2

Klik disini untuk lihat gambar Sambutan Hari Merdeka 2017