Mesyuarat Agung Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) kali ke-20 Mesyuarat Agung Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) kali ke-20

24 November 2018, bertempat di Dewan Hikmah Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) kali ke-20. Mesyuarat Agung kali ini diadakan adalah untuk membentang dan melaporkan aktiviti kelab sepanjang tahun 2016/2018, serta memilih Ahli Jawatankuasa kelab yang baru, Pemeriksa Kira-kira dan juga Pemegang Amanah sesi 2018/2020.

Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (D) Tuan Haji Othman Bin Ismail, diiringi oleh Timbalan pengurus Besar (O) Tuan Haji Wan Muhd Rahimi Bin Wan Salleh. Mesyuarat kali ini, Pn. Norlidasaidi bt Awang Teh telah diberi mandat sekali lagi untuk menjadi Yang Dipertua persatuan dan Cik Fawrah ‘Aimi binti Moh Bakery Naib Yang Dipertua Persatuan. Seramai 7 orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik untuk menyumbang tenaga kepada kelab ini. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

 

Mesyuarat Agung Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) kali ke-20   Mesyuarat Agung Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) kali ke-20

Klik disini untuk lihat gambar Mesyuarat Agung Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) kali ke-20