Mesyuarat Koperasi kali ke 28 Mesyuarat Koperasi kali ke 28

11 Jun 2017 – Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad kali ke Dua Puluh Lapan (XXVIII) telah diadakan di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang. Mesyuarat Agung yang diadakan secara dwi tahunan ini adalah untuk membentang dan melaporkan aktiviti Koperasi sepanjang tahun 2016 serta memilih Ahli Jawatankuasa koperasi (ALK) yang baru.

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Fazam bin Mat Lazim, Pengurus Besar KESEDAR. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. En Amran bin Hj Abdul Kadir, Pengarah SKM Negeri Kelantan. Pengurus Besar KESEDAR dalam ucapannya telah menekankan agar Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang baru dilantik dalam mesyuarat Agung kali ini perlu lebih produktif dan berusaha untuk memajukan koperasi pada masa akan datang. Beliau juga berharap ALK yang baru mampu merebut peluang untuk mendapatkan dana yang telah disediakan oleh pihak SKM bagi menambah modal kepada koperasi. Beliau juga berharap agar ahli koperasi sentiasa memberi cadangan atau idea yang bernas bagi tujuan peningkatan pendapatan koperasi. 

Dalam mesyuarat kali ini, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang baru dilantik ialah En. Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed, En. Hasri Rifdi bin Hamzah, En. Ramadhan bin Sulaiman, Tn. Hj. Abd Malek bin Yaacob dan En. Wan Afzainizam bin Wan Abdul Latif. Mesyuarat berakhir jam 1.45 petang.

mesyuarat koperasi 1   Majlis Ceramah Agama Sempena Bulan Ramadhan Siri 2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Mesyuarat koperasi kali ke 28.