Bahagian Pemantauan Objektif Memantau progress sesuatu projek supaya berjalan mengikut jadual kerja yang disediakan. Mempasti isu dan masalah yang memberi kesan kepada kelewatan dalam pelaksanaan projek serta mencadangkan bentuk penyelesaian yang sersesuaian. Memastikan pengurusan sistem pemantauan projek (SPP11) sentiasa dikemaskini. Menyediakan laporan prestasi fizikal dan kewangan terhadap sebarang bentuk pembangunan yang dijalankan oleh agensi pelaksana. Menyediakan laporan tahunan KESEDAR dan juga laporan projek yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan. Menilai keberkesanan projek yang dilaksanakan oleh KESEDAR dari sudut sosial, ekonomi dan politik. Aktiviti Pemantauan Menjalankan kerja inspektanet. Menjalankan kerja impak dan menerbitkan laporan. Memantau rekod prestasi kontraktor dan laksana projek-projek KESEDAR. Menyediakan laporan prestasi fizikal dan kewangan. Mengurus SPP II. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa pembangunan KESEDAR dan penyelarasan. Pantau pelaksanaan projek pembangunan wang semasa, baki/lebihan, amanah dan sebagainya. Penyelarasan Kumpul, simpan dan mengeluarkan maklumat-maklumat mengenai projek KESEDAR. Bertanggungjawab menyelaras program-program pembangunan antara agensi-agensi dalam Wilayah Kelantan Selatan. Selaras program kerjasama dengan agensi Pertanian, MARDI, FRM, LGM dan MPOB. Menyediakan laporan suku tahun, setengah tahun dan tahunan KESEDAR.
|