

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE 2)
PRE 2 dilancarkan oleh kerajaan bertujuan merangsang kegiatan ekonomi melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan yang memberi kesan berganda kepada sektor ekonomi.
Untuk tahun 2010, KESEDAR telah diluluskan RM5,071,000.00 di bawah PRE 2 bagi pelaksanaan tiga projek iaitu Jalan Pertanian RPT (RM2,071,300.00), Program Bantuan Bekas Pelatih (RM2,000,000.00) dan Program Bantuan Input Pertanian dan Ternakan (RM1,000,000.00).
Pencapaian
S31 projek jalan pertanian RPT di bawah PRE 2 telah disiapkan dengan perbelanjaan RM1,987,974.00 (96%). Pecahan projek mengikut wilayah adalah lima projek di Gua Musang, 16 projek di Kuala Krai, lapan projek di Jeli dan dua projek di RKT KESEDAR.
Sebanyak 74 peserta telah diberi bantuan dibawah Program Bantuan Bekas Pelatih melaksanakan pelbagai projek dengan perbelanjaan RM2,000,000.00 (100%). 36 peserta telah dibantu dibawah Program Bantuan Input Pertanian dan ternakan dengan perbelanjaan RM994,861.00 (99.4%). Prestasi Program Bantuan Bekas Pelatih dan Bantuan Input Pertanian dan Ternakan Tahun 2010 adalah seperti Jadual 12.
JADUAL 12 : Program Bantuan Bekas Pelatih dan Bantuan Input Pertanian dan Ternakan Tahun 2010
Wilayah | Bantuan Bekas Pelatih Kemahiran | Bantuan Input Pertanian dan Ternakan |
Peserta | Nilai Bantuan | Peserta | Nilai Bantuan |
| Rancangan Kemajuan Tanah | 10 | 84,000.00 | 6 | 237,300.00 |
| Gua Musang | 19 | 455,010.00 | 8 | 141,000.00 |
| Kuala Krai | 16 | 999,690.00 | 11 | 332,700.00 |
| Jeli | 29 | 461,300.00 | 11 | 289,000.00 |
| Jumlah | 74 | 2,000,000.00 | 36 | 1,000,000.00 |