Pemantauan & Penyelarasan Pemantauan & Penyelarasan

Latar Belakang
Bahagian Pemantauan & Penyelarasan ditubuhkan melalui Pekeliling Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2004 berkuatkuasa 16 Julai 2004

Visi
Bahagian yang unggul dan berwibawa dalam memantau pelaksanaan program pembangunan KESEDAR

Misi
Membantu menggerakkan kemajuan fizikal dan kesejahteraan penduduk Kelantan Selatan melalui aktiviti pemantauan berasaskan kepada kerja cemerlang

 

Objektif Bahagian

  • Memantau prestasi kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan KESEDAR agar mengikut perancangan dan objektif yang telah ditetapkan.

  • Mengenalpasti isu & masalah perlaksanaan projek & mencadangkan cara mengatasi.

  • Menyelaras pelaporan maklumat dengan agensi-agensi luar seperti ICU, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

  • Menyelaras maklumat pembangunan di Kelantan Selatan dengan agensi yang terlibat.

 
Fungsi Bahagian

  •  Pemantauan Projek (Fizikal dan Bukan Fizikal)

     - Lawatan 20 projek sebulan
  • Penyediaan laporan bulanan projek pembangunan dan Laporan Tahunan.

  • Pengemaskinian Sistem Pemantauan Projek II (SPPII).

  • Penyelarasan maklumat prestasi projek dengan Pusat Tanggungjawab dan agensi-agensi berkaitan.

  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan KESEDAR dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan KESEDAR.


    Fungsi Bahagian dilaksanakan melalui 2 unit :-

  • Unit Pemantauan

  • Unit Pengesanan


Unit Pemantauan

  • Membuat lawatan ke atas projek-projek KESEDAR;

  • Menyediakan laporan projek secara berkala kepada;

- Pengurusan KESEDAR (2X sebulan)
- KKLW (2X sebulan)

  • Mengemaskini projek-projek dalam sistem Pemantauan Projek II (SPPII);

  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan;

  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan;


Unit Pengesanan

  • Menyelaras dan menyediakan Laporan SukuTahun dan Laporan Tahunan KESEDAR;

  • Membuat siasatan dan pelaporan ke atas projek- projek bermasalah / Isu-isu semasa.

 

<

Halaman: 1  2