Pembangunan Masyarakat Pembangunan Masyarakat

Maklumat Bahagian
Bahagian Pembangunan Masyarakat merupakan salah satu sayap terpenting di KESEDAR yang bertanggungjawab melahirkan masyarakat Kelantan Selatan yang dinamik dan harmoni. Sedemikian, Bahagian ini telah menetapkan visi, misi dan objektif dan peranan seperti berikut :-

Visi

  • Menjadikan masyarakat Kelantan Selatan yang Sejahtera

Misi

  • Mewujudkan sosio-ekonomi masyarakat Kelantan Selatan yang sejahtera dan berkualiti.

Objektif

  • Melahirkan individu yang kukuh syariat, teguh akidah dan berakhlak mulia.

  • Mewujudkan masyarakat bersatu padu berketerampilan dan cemerlang melalui peningkatan ilmu yang berterusan, berkemahiran dan responsif.

  • Membentuk institusi keluarga dan desa yang kukuh dan functional dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin masyarakat yang beretika/bermoral.

  • Memupuk semangat kearah cintakan negara dan menghargai usaha pembangunan yang dilaksanakan.

  • Mengubah minda dan sikap penduduk kearah memiliki sifat-sifat kefahaman diri yang tinggi dan berdikari.

  • Berusaha menghapuskan bilangan penduduk termiskin

  • Berusaha kearah mengurangkan jurang digital diantara penduduk desa dan bandar.

Moto

"CINTAI ILMU & KESEJAHTERAAN
BENCI KEJAHILAN & KEMISKINAN"

Halaman: 1  2  3  4