Pembangunan Pertanian Pembangunan Pertanian

 

Visi

"Menjadikan RKT KESEDAR sebagai Rancangan Tanah yang dibanggakan lengkap dan berkualiti serta mewujudkan masyarakat peneroka yang mengutamakan kecemerlangan, bergerak seiring dengan pembangunan teknologi, ekonomi yang mampan, berdaya maju, bertaqwa, sejahtera dan berwibawa."

 

Misi

  • Membangunkan semula kebun-kebun peneroka dengan menggunakan baka tanaman terpilih dan teknologi terkini.

  • Membantu peneroka meningkatkan keuntungan daripada penggunaan tanah dengan aktiviti pelbagai pertanian.

  • Melahirkan masyarakat peneroka yang berhemat selaras dengan Wawasan 2020.

  • Mendidik dan menggalakkan peneroka menggunakan teknologi terkini sedaya mampu dalam membangunkan bidang pertanian di peringkat huluan dan hiliran serta mencipta teknologi sendiri.

  • Membentuk masyarakat peneroka yang progresif dan cemerlang melalui aktiviti pendidikan dan pembangunan institusi.

  • Memastikan RKT-RKT mempunyai kemudahan, peneroka yang sempurna dan terurus.

 

Objektif

  • Melahirkan individu yang kukuh syariat, teguh akidah dan berakhlak mulia.

  • Mewujudkan masyarakat bersatu padu berketerampilan dan cemerlang melalui peningkatan ilmu yang berterusan, berkemahiran dan responsif.

  • Membentuk institusi keluarga dan desa yang kukuh dan functional dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin masyarakat yang beretika/bermoral.

  • Memupuk semangat kearah cintakan negara dan menghargai usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

  • Mengubah minda dan sikap penduduk kearah memiliki sifat-sifat kefahaman diri yang tinggi dan berdikari.

  • Berusaha meminimakan bilangan penduduk termiskin.

  • Berusaha kearah mengurangkan jurang digital diantara penduduk desa dan bandar.

 

Halaman: 1  2  3