Modal Insan Modal Insan

Program Pembangunan Modal Insan (PPMI)

Agenda pembangunan manusia merupakan satu daripada matlamat Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar dan Misi Nasional. Objektif program ini adalah untuk membentuk insan berkualiti yang memiliki nilai murni agar dapat menggunakan faktor masa, informasi dan sumber yang ada ke tahap yang optima. Matlamat akhir program ini adalah mewujudkan individu yang cemerlang, keluarga yang sejahtera, masyarakat yang bersatu padu dan berdaya tahan serta institusi masyarakat yang responsif kepada perubahan.

Pada tahun 2015, sejumlah RM2,000,000.00 telah diperuntukkan untuk melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) yang merangkumi 7 subprogram dengan penyertaan seramai 97,450 orang penduduk dalam kawasan Kelantan Selatan.