Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Watikah Perlantikan Anggota MPKK Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Watikah Perlantikan Anggota MPKK

Kuala Krai 31 Mei, Telah berlangsung satu Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Anggota Tambahan MPKK Negeri Kelantan di Pejabat Wilayah Kuala Krai. Majlis ini dihadiri oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), serta diiringi oleh Pengerusi Kada, Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi PH Kelantan, Pengerusi Kesedar, Datuk Sazmi Miah dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menurut Datuk Seri Rina, pihaknya mahu mereka yang dilantik menyemak dan menimbang sebarang keputusan ketika menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat dan mahu MPKK menjadi perantara yang dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan bersatu padu dalam masyarakat. Selain itu, beliau berjarap ahli MPKK yang dilantik diharapkan dapat mengetepikan fahaman politik dalam usaha menyampaikan dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi. Pada majlis ini, seramai 2,931 orang AJK MPKK dari 636 kampung menerima watikah pelantikan. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada asnaf dan anak yatim.

mpkk   mpkk2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar majlis Berbuka Puasa dan Perlantikan Anggota MPKK