Perancangan & Penilaian Perancangan & Penilaian

Visi
Bahagian Perancangan sebagai Pusat Rujukan Perancangan Pembangunan Wilayah Kelantan Selatan

Misi
Merancang dasar pembangunan Fizikal dan Sosio-Ekonomi Wilayah Kelantan Selatan secara strategik melalui mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat perancangan yang mampan.

Objektif

  • Merancang dan menilai pelaksanaan semua program/projek pembangunan KESEDAR yang melibatkan Prasarana Asas Dan Awam Serta Ameniti Sosial, Pembangunan Ekonomi, Pembangunan Sosial & Institusi serta usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar Bandar dan Bandar yang dilaksanakan di Kawasan Kelantan Selatan bagi mencapai wawasan KESEDAR sebagai peneraju utama dan Kawasan Kelantan Selatan Wilayah Luar Bandar Termaju di Malaysia.

  • Merancang dan menyediakan pelan pembangunan fizikal bagi Pembangunan Perbandaran, Pusat Pertumbuhan dan Pembangunan Pertanian secara lebih komprehensif dan menyeluruh melalui pembangunan sistem data yang lebih terancang.

  • Merancang, menyedia dan menyelaras peruntukan secara lebih berkesan berdasarkan pelbagai sumber peruntukan bagi keperluan perbelanjaan mengurus dan pembangunan KESEDAR. 

 
Tugas dan peranan bahagian

  • Merancang dan menggubal dasar-dasar, strategi dan pendekatan pembangunan di Kawasan Kelantan Selatan.

  • Merancang dan menyelaras program-program pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kelantan Selatan.

  • Menyediakan anggaran permohonan bajet Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rolling Plan
  • Menyediakan bajet tahunan (Mengurus dan Pembangunan)

  • Penyediaan Taklimat KESEDAR dan nota-nota taklimat bagi kegunaan dan rujukan pihak-pihak berkepentingan

  • Melaksanakan kajian-kajian termasuk Kajian Strategik, Kajian Sosio-ekonomi, Kajian Penilaian Outcome dan Kajian Impak Pembangunan.

  • Mengumpul,mengurus dan menyelaras pelbagai maklumat dan data-data asas kependudukan, projek-projek pembangunan(ekonomi, sosial dan pertanian) bagi perancangan, pelaporan, penilaian serta tujuan penyimpanan bank data dan pelaburan.

  • Memantau perbelanjaan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan berdasarkan kepada pelbagai sumber peruntukan secara berkala dan menyelaraskan pindah peruntukan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan peruntukan.

  • Mengumpul, mengurus, menyelaras dan mengemaskini maklumat-maklumat pembangunan KESEDAR bagi tujuan pelaporan untuk dilaporkan kepada pihak Kementerian dan pihak-pihak berkepentingan.

  • Menjalankan kajian kesesuaian tanah bagi tujuan pelan pembangunan fizikal perbandaran, Pusat Pertumbuhan, Penempatan serta Pembangunan Pertanian di Kawasan Wilayah KESEDAR.

  • Melaksana,memantau dan menyelaras pelaksanaan Projek Agropolitan

  • Menjadi urusetia kepada Mesyuarat berikut :

    a.    Mesyuarat Perancangan
    b.    Mesyuarat Rolling Plan Rancangan Malaysia dan bajet tahunan

           (Mengurus dan Pembangunan)
    c.    Mesyuarat Pengurusan ECER ( Urusetia bersama ECER – KESEDAR)


A.    Objektif Strategik

  • Merancang secara komprehensif melalui penggubalan dasar yang efektif

  • Merangka program pembangunan melalui pendekatan berasaskan outcome

  • Mengoptimumkan sumber kewangan melalu pengagihan peruntukan secara berkesan.

  • Memperkasa keupayaan modal insan ke arah meningkatkan kecekapan dan profesionalisma

  • Memantapkan kapasiti organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan.

Halaman: 1  2  3