Perasmian Rumah PPRT IBS KESEDAR Wilayah Kuala Krai Perasmian Rumah PPRT IBS KESEDAR Wilayah Kuala Krai

Pada 2 oktober 2019, telah berlangsung Majlis Perasmian Rumah PPRT IBS (Industrialised Bulding System) KESEDAR Wilayah Kuala Krai bertempat di Kampung Lembah Sentosa, Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg.Dato’Sazmi bin Miah, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR. Seramai 3 orang penerima rumah PPRT iaitu En.Abdullah bin Hassan, En. Borhan bin Ismail dan En. Azlan bin Ismail. Masing-masing menerima replika cek daripada YBhg. Dato’ Sazmi bin Miah.

Dalam ucapan YBhg. Dato’Sazmi bin Miah, beliau berkata, Pejabat KESEDAR Kuala Krai adalah yang pertama membangunkan rumah menggunakan sistem IBS di Kelantan. Sebanyak 27 unit rumah dibangunkan di Wilayah Kuala Krai.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs.Tuan Haji W.Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), En. Wan Zaimi bin Wan Daud, Pengurus Pejabat Wilayah Kuala Krai, dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat KESEDAR. Majlis berakhir jam 5.00 petang.

 

Perasmian Rumah PPRT IBS KESEDAR Wilayah Kuala Krai   Perasmian Rumah PPRT IBS KESEDAR Wilayah Kuala Krai

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Perasmian Rumah PPRT IBS KESEDAR Wilayah Kuala Krai