Perutusan Pengurus Besar Perutusan Pengurus Besar

PERUTUSAN YABrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim Pengurus Besar KESEDAR Sempena Tahun Baharu 2019

YABrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim

 

Bismillahirrahmanirrahim

KESEDAR pada tahun 2018 genap berusia 40 tahun penubuhannya. Secara keseluruhan, KESEDAR telah berjaya melaksanakan program/aktiviti pembangunan wilayah yang dirancang dengan melakukan penambahbaikan holistik dan berterusan selaras dengan dasar dan ketetapan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

KESEDAR telah melaksanakan lebih daripada 388 sub projek fizikal dan lebih daripada 400 program/aktiviti non-fizikal untuk keseluruhan kawasan Kelantan Selatan pada tahun 2018 sekaligus telah memberi manfaat kepada lebih kurang 350,000 orang penduduk.

KESEDAR juga telah melaksanakan langkah semakan, penyusunan dan penstrukturan semula pada semua peringkat pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecemerlangan pada tahun 2019. Pendekatan ini diambil bagi mempastikan sistem penyampaian KESEDAR dipertingkatkan dan tadbir urus yang kemas untuk masa depan masyarakat Kelantan Selatan.

Pada tahun 2019, KESEDAR telah diluluskan belanjawan Pembangunan berjumlah RM28.30 juta bagi pelaksanaan 20 projek utama. Walaupun jumlah peruntukan ini adalah rendah berbanding tahun 2018, namun manfaat yang bakal diperolehi oleh kumpulan sasar adalah setara sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Antara inisiatif penting yang dirancang pada tahun 2019 ialah penggunaan teknologi-teknologi baharu yang lebih kreatif dan inovatif, seperti telaga tiub untuk mengganti sistem retikulasi bagi projek-projek bekalan air. Selain dari itu, penggunaan teknologi Rubberised Roads (Cuplumps Modified Asphalt - CMA) sedang diteliti dengan kerjasama Unit JKR KESEDAR. KESEDAR juga berhasrat untuk memperluaskan ekonomi digital dalam operasi perniagaan usahawan-usahawan bimbingan KESEDAR.

Program-program Teambulding, Keakraban dan Ukhuwah bakal diperkenal dan dilaksanakan secara tersusun dan berkala bagi melahirkan modal insan KESEDAR bersahsiah tinggi dan sempurna dengan menekankan nilai-nilai murni, serta berintegriti dan akauntabiliti selari matlamat membangunkan Wilayah Kelantan Selatan untuk semua dan tagline KPLB "Luar Bandar Sejahtera", KESEDAR yakin 2019 menyumbang perubahan menyeluruh dalam program/projek berbentuk kebajikan kepada kumpulan sasar dan warga kerja KESEDAR. In shaa Allah.