Program Retreat Perancangan Strategik Bajet 2019 Program Retreat Perancangan Strategik Bajet 2019

27-29 Disember 2018, bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highland telah berlangsung satu Program Retreat anjuran Bahagain Perancangan Strategik KESEDAR. Program ini melibatkan seramai 68 Orang pegawai KESEDAR yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional, Unit JKR KESEDAR serta Pengurus Pejabat Operasi. Majlis dirasmikan oleh Ybrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR, diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar (D), Tuan Haji Othman bin Ismail dan Timbalan Pengurus Besar (O), Tuan Haji W. Rahimi bin Wan Salleh.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan perancangan stategik bagi perlaksanaan bajet KESEDAR 2019, seterusnya memurnikan dan memuktamadkan senarai projek pembangunan, mewujudkan KPI projek pembangunan 2019 dan seterusnya memberi kefahaman dan pengetahuan kepada semua pegawai KESEDAR berkenaan projek 2019.

 

Program Retreat Perancangan Strategik Bajet 2019   Program Retreat Perancangan Strategik Bajet 2019

Klik disini untuk lihat gambar Program Retreat Perancangan Strategik Bajet 2019

<<Kembali