
Jalan-Jalan Kampung
Untuk tahun 2010, program ini diperuntukan RM291,750.00 bagi kerja membina dan menaiktaraf jalan kampung dalam kawasan KESEDAR.
Pencapaian
Sebanyak lima projek membina dan menaiktaraf jalan kampung sepanjang 5.5 km telah dibuat pada 2010 dengan perbelanjaan RM277,986.00 (95.3%). Satu projek dilaksanakan di Wilayah Gua Musang, tiga projek di Wilayah Kuala Krai dan satu projek di Wilayah Jeli/Tanah Merah. Pelaksanaan projek ini telah memberi faedah kepada 835 orang penduduk.