Pembangunan Belia Luar Bandar Pembangunan Belia Luar Bandar

Program Latihan dan Kemahiran

(a) Program Latihan Keusahawanan KESEDAR

Dalam era persaingan global, pasaran terbuka dan peruntukan kewangan terhad, sumber manusia memainkan peranan yang sangat penting dan merupakan pemangkin utama dalam menentukan kejayaan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara. Hal ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk mewujudkan K-ekonomi pada masa hadapan.

Objektif Program Latihan Keusahawanan KESEDAR adalah supaya golongan belia dan beliawanis mengusahakan perniagaan sendiri yang boleh memberikan pendapatan lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Pada tahun 2015, sebanyak RM1,500,000.00 telah dibelanjakan oleh KESEDAR bagi mengadakan kursus dan latihan di bawah Program Latihan Keusahawanan dengan penyertaan seramai 589 orang peserta.

(b) Program Belia dan Beliawanis

KESEDAR melalui Program Belia dan Beliawanis telah mengambil inisiatif untuk menyediakan latihan dan kursus kepada kumpulan sasar iaitu belia dan beliawanis kawasan Kelantan Selatan bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka.

Pada tahun 2015 sebanyak, RM1,500,000.00 telah dibelanjakan oleh KESEDAR bagi mengadakan kursus dan latihan di bawah Program Belia dan Beliawanis dengan penyertaan seramai 249 orang peserta.

Pada tahun 2015, peruntukan yang diterima di bawah Program Pembangunan Kampung Tradisional yang melibatkan projek bekalan air, kemudahan awam dan jalan perhubungan desa adalah sebanyak RM3,705,000.00. Kawasan pembangunan yang ditumpukan adalah Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuala Krai dan Wilayah Jeli/Tanah Merah.