Utility Utiliti Laman
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
<a href="">Kesedar Banner</a>
Rancangan Kemajuan Tanah

Rancangan Kemajuan Tanah
Program ini bermatlamat meningkatkan kualiti hidup peneroka di sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR melalui penyediaan prasarana awam. Peningkatan prasarana awam diharap meningkatkan sosioekonomi peneroka RKT KESEDAR.

 

Untuk tahun 2010, peruntukan sebanyak RM1,778,250.00 diluluskan bagi membiayai tiga projek iaitu  Bekalan Air Zon Paloh (RM1,178,250.00), Kemudahan Awam (RM100,000.00) dan Ukur Lot (RM500,000.00).

 

Pencapaian

Di bawah Projek Kemudahan Awam RKT, sebanyak empat unit kemudahan awam dibuat melibatkan perbelanjaan sebanyak RM99,393.00 (99.4%).  Bagi projek ukur lot, kerja-kerja ukur telah dibuat di RKT Jeram Tekoh melibatkan perbelanjaan RM500,000.00 (100%).

 

Kerja-kerja utama di bawah Projek Bekalan Air Zon Paloh adalah pemasangan paip agihan dari tangki simpanan ke tangki Paloh 1 dan Paloh 2. Selain dari itu, pembinaan tangki simpanan berkapasiti 2250m³ telah juga dibuat beserta naik taraf pam dari logi air ke tangki Paloh 2. Kesemua kerja telah melibatkan perbelanjaan RM1,178,250.00 (100%).

 

PAUTAN PANTAS
KALENDAR
18 Mei 2012
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa