Jalinan Kemesraan 2018 Jalinan Kemesraan 2018

2 Julai 2018, bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang, telah berlangsungnya satu Majlis Sambutan Hari Raya di Peringkat KESEDAR. Sambutan majlis raya pada tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya kerana pada tahun ini pihak pengurusan KESEDAR mengadakan majlis raya berdasarkan “Potluck Menu”, yang mana setiap wilayah, bahagian dan unit serta KESEDAR Holding perlu menyediakan menu masing-masing untuk disajikan pada majlis tersebut.Majlis yang dinamakan Jalinan Kemesraan Aidilfitri KESEDAR diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dengan kumpulan sasar untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri. Antara menu yang disediakan adalah Kambing Golek, Nasi Dagang, Satay, laksa Kelantan, Bakso dan sebagainya.

YABrs. En.Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR turut hadir memeriahkan majlis dengan melawat gerai-gerai makanan yang disediakan diiringi oleh YBrs. Haji Othman bin Ismail dan pegawai-pegawai kanan KESEDAR. Seramai 30 orang penerima sumbangan yang diraikan dalam majlis ini, terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal,dan orang kelainan upaya (OKU).

Usaha KESEDAR mengadakan majlis seperti ini adalah wajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara semua kakitangan serta kumpulan sasar tidak mengira jawatan dan pangkat. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, akan bertambah erat hubungan seluruh warga KESEDAR  

raya1   raya 2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Jalinan Kemesraan Aidilfitri KESEDAR 2018