Utility Utiliti Laman
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
<a href="">Kesedar Banner</a>
Sosial & Institusi

 

 

Program Pembangunan Sosial dan Institusi  

 

 

 

Pembangunan Sosial dan Institusi
Agenda pembangunan manusia merupakan satu daripada matlamat   Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar dan Misi Nasional.   Matlamat program ini adalah pembangunan manusia berkualiti yang memiliki nilai murni agar mereka dapat menggunakan faktor masa, informasi dan sumber yang ada ke tahap yang optima. Matlamat akhir adalah mewujudkan manusia yang cemerlang, keluarga yang sejahtera, masyarakat yang  bersatu padu dan berdaya tahan serta institusi masyarakat yang responsif kepada perubahan.

 

Pada tahun 2010, sejumlah RM1,937,500.00 telah diluluskan bagi pelaksanaan lapan Projek Pembangunan Sosial dan Institusi iaitu Pembangunan Sahsiah dan Keagamaan (RM175,000.00), Kemajuan Pendidikan (RM500,000.00), Pembangunan Wanita (RM125,000.00), Pembangunan Sukan dan Seni Budaya Rakyat (RM100,000.00), Pengukuhan Silaturrahim (RM287,000.00), Pembangunan Institusi Kepimpinan (RM175,000.00), Latihan dan Kemahiran (RM400,500.00) dan Pembangunan Belia dan Remaja (RM175,000.00).

 

Pencapaian
Daripada peruntukan RM1,937,500.00 yang diluluskan, sebanyak RM1,936,000.00 (99.9%) telah dibelanjakan bagi pelaksanaan lapan projek utama Program  Pembangunan Sosial dan Institusi.

 

Sebanyak 394 aktiviti melibatkan 38,793 orang penduduk  Kelantan Selatan dari pelbagai lapisan masyarakat samada secara individu atau kumpulan telah mendapat manfaat dari pelaksanaan program ini.
 

Pencapaian Program Pembangunan Sosial dan Institusi pada tahun 2010 adalah seperti di Jadual 10.

 

JADUAL 10  :  Pencapaian Program Pembangunan Sosial dan Institusi

Bil.
Projek
Bil. Aktiviti
Bil. Peserta
1.
Pembangunan Sahsiah dan Keagamaan
39
160
2.
Kemajuan Pendidikan
48
32,000
3.
Pembangunan Wanita
52
160
4.
Pembangunan Sukan dan Budaya
57
500
5.
Pengukuhan Silaturrahim
33
800
6.
Pembangunan Institusi dan Kepimpinan
48
3,000
7.
Latihan dan Kemahiran
9
173
8.
Pembangunan Belia dan Remaja
108
2000
 
JUMLAH
394
38,793
PAUTAN PANTAS
KALENDAR
18 Mei 2012
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa