Sumbangan Bantuan Keperluan Harian Oleh KESEDAR Kepada Mangsa Covid-19

Bahagian Pembangunan Masyarakat KESEDAR membelanjakan RM14,000 menerusi dua program bantuan ekoran pandemik Covid-19 di daerah Gua Musang.

Pada Januari lalu, bahagian ini telah mengagihkan bantuan keperluan harian untuk 110 mangsa Covid-19 dengan kos berjumlah RM6,600.

Bantuan ini adalah inisiatif bahagian bagi meringankan beban mangsa pandemik yang perlu menjalani kuarantin dan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Sivik, Gua Musang.

Selain itu, sebanyak 109 buah masjid dan madrasah di daerah Gua Musang turut menerima agihan bantuan pembersih tangan dan topeng muka pada bulan ini.

Agihan berkenaan melibatkan kos sebanyak RM7,500.

Sumbangan Bantuan Keperluan Harian Oleh KESEDAR Kepada Mangsa Covid-19   Sumbangan Bantuan Keperluan Harian Oleh KESEDAR Kepada Mangsa Covid-19

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Sumbangan Bantuan Keperluan Harian Oleh KESEDAR Kepada Mangsa Covid-19