Tasik Ketitir Tasik Ketitir

Tasik Ketitir - Gua Musang

Lokasi
Tasik Ketitir terletak di dalam Bandar Baru Gua Musang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Pengangkutan Awam
Tiada pengangkutan bas awam ke Tasik Ketitir. Hanya teksi di stesen bandar lama sahaja beroperasi ke Taman Tasik dengan tambang RM 2. Dari stesen bas dan teksi bandar baru, kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.

Tarikan
Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya diperolehi daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada orang ramai untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.

Tasik Ketitir

 

Tasik Ketitir

 

Tasik Ketitir