Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat

Visi

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan teknologi maklumat dan sistem pengkomputeran organisasi.

Misi

Untuk mempunyai sistem pengkomputeran dan sokongan teknologi maklumat yang cekap dan lengkap bagi mewujudkan persekitaran kerja yang mudah serta dapat mengeluarkan produk yang berkualiti.

Objektif

  • Memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan perkhidmatan ICT dan multimedia untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti urusan dalaman KESEDAR.

  • Melahirkan dan membina masyarakat Kelantan Selatan yang cemerlang melalui penggunaan kemudahan ICT.

  • Membantu mudah kerjasama dalam inisiatif ICT kerajaan dalam pembangunan infrastruktur dan masyarakat luar bandar selaras dengan agenda IT nasional dan wawasan 2020.


Piagam

  • Membangun sistem pengkomputeran KESEDAR mengikut perancangan dan peruntukan yang diluluskan.

  • Mengambil tindakan kepada masalah pengguna selewat-lewatnya 3 hari selepas aduan diterima.

  • Memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar tentang perkara yang berkaitan dengan komputer pada bila-bila masa yang diperlukan.

 

Aktiviti Pentadbiran

  • Mengurus surat-menyurat dan fail

  • Mengurus pejabat, peralatan dan kakitangan

  • Mengurus dan menyelaras kewangan dan perolehan perkakasan komputer

  • Mengurus dan mengawal stok/inventori komputer

  • Menyelaras aktiviti latihan kakitangan

 

Halaman: 1  2  3