Tokong Mek Tokong Mek

Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek) – Gua Musang

Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek) di Kampung Pulai terletak kira-kira 15km dari Bandar Gua Musang. Tempat ini merupakan penempatan asal orang Cina yang pertama di Negeri Kelantan kira-kira 500 tahun yang lampau. Kedatangan orang-orang Cina ke Pulai, Gua Musang pada 1429, 24 tahun setelah Laksamana Cheng Ho mendarat di Melaka kononnya kerana bermimpi menjumpai emas yang banyak.

Tarikh kedatangan ini dapat dibukti berdasarkan catatan yang terdapat pada sebuah tokong yang dikenali sebagai Tokong Mek dan terletak di dalam gua batu kapur. Di dalam tokong ini terdapat sekeping gambar lukisan "Tokong Mek (Kuan Yin)" yang dibawa dari negara China oleh penghijrah. Penganut Buddha biasanya membawa gambar Tokong Mek untuk memberi kuasa perlindungan kepada keselamatan mereka ketika berhijrah. Tokong ini pernah dibakar oleh tentera Jepun pada zaman pendudukannya sekitar tahun 1941 dan dibangunkan semula pada tahun 1971.

  Tokong Mek

  

Tokong Mek