
Program Pembangunan Pelancongan
Program ini bertujuan mempromosi sektor pelancongan di Kelantan Selatan di samping menaik taraf infrastruktur di lokasi-lokasi pelancongan sedia ada sebagai kawasan tarikan pelancongan. Untuk tahun 2009, peruntukan berjumlah RM107,728.00 telah diluluskan bagi pelaksanaan projek Infrastruktur Pelancongan.
Pencapaian
Projek Infrastrukur Pelancongan mencatatkan perbelanjaan RM107,728.00 (100%) pada tahun 2009. Aktiviti utama yang dilaksanakan adalah kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih di Taman Etnobotani, Gua Musang dan Taman Santuari Tasek Pergau, Jeli.