 |  |
Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan
Program ini bertujuan mempercepatkan pembangunan bandar dan pusat pertumbuhan yang berpotensi di Kelantan Selatan. Penyediaan kemudahan awam dan sosial yang bersesuaian dilaksanakan bagi mencapai tujuan ini terutamanya di Bandar Gua Musang. Pada tahun 2009, program ini telah diluluskan peruntukan RM735,000.00 bagi melaksanakan tiga projek utama iaitu Kompleks Sukan Gua Musang (RM500,000.00), Tembok Penahan Jalan 1-1 (RM186,000.00) dan Tapak Bandar Gua Musang (RM49,000.00).
Pencapaian
Perbelanjaan sebanyak RM644,659.00 (87.7%) telah dibuat bagi pelaksanaan tiga projek pada tahun 2009.
Projek Kompleks Sukan Gua Musang yang dimulakan pada tahun 2009 dan dijangka siap pada Ogos 2010 telah membelanjakan RM409,697.00 (81.9 %). Projek Pembinaan Tembok Penahan Jalan 1-1, Gua Musang telah mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM186,000.00 (100%). Projek ini yang bermula pada tahun 2009 dijangka siap pada bulan Mac 2010.
Projek Tapak Bandar Gua Musang yang berfokus kepada kerja penyelenggaraan Dataran KESEDAR Putra telah membelanjakan RM48,962.00 (99.9%) berakhir 31 Disember 2009.