Pembangunan Kampung Tradisional
Program ini bermatlamat meningkatkan kualiti hidup penduduk di kampung-kampung tradisional dalam Kelantan Selatan melalui pelaksanaan projek-projek menaik taraf kemudahan awam dan asas. Pada tahun 2010 peruntukan berjumlah RM541,600.00 diluluskan bagi tiga projek di bawah program ini iaitu Bekalan Air (RM316,600.00) Kemudahan Awam (RM150,000.00) dan Kebun Herba (RM75,000.00).
Pencapaian
Perbelanjaan sebanyak RM518,618.00 (95.8%) telah dibuat berakhir 31 Disember 2010.
Sebanyak 10 projek Bekalan Air iaitu dua projek di Wilayah Gua Musang, tiga projek di Wilayah Kuala Krai dan lima projek di Wilayah Jeli/Tanah Merah telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan jumlah perbelanjaan RM302,694.00 (95.8%). Seramai 5,200 penduduk kampung tradisional telah mendapat manfaat dari pelaksanaan projek ini.
Bagi projek Kemudahan Awam, sebanyak lapan projek telah disiapkan pada tahun 2010 dengan perbelanjaan RM148,740.00 (99.2%) meliputi satu projek di Wilayah Gua Musang dan tujuh projek di Wilayah Kuala Krai. Projek ini telah memberi faedah kepada 1,470 orang penduduk. Perbelanjaan RM67,184.00 (89.6%) bagi Projek Kebun Herba adalah bagi kerja penyelenggaraan di Kebun Herba Renok baru dan Mengkebang.