Teras Aktiviti
- Tadbir Urus
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
- Pengukuhan Integriti
- Melaksanakan program pembudayaan integriti.
- Pengesanan Dan Pencegahan
- Menjalankan siasatan terhadap aduan salah laku kakitangan.
- Menyediakan laporan salah laku kakitangan kepada pihak berkaitan.
- Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku anggota.
- Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Tatatertib
- Melaksanakan tugas urusetia Lembaga Tatatertib.
Piagam Pelanggan
- Memastikan Mesyuarat JKTU KESEDAR dilaksanakan 3 kali setahun dan lebih awal daripada Mesyuarat JKTU KKLW.
- Melaksanakan program pembudayaan integriti seperti majlis penerangan, kursus, forum dan seminar kepada kakitangan KESEDAR sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.
- Menyelesaikan siasatan setiap aduan salah laku kakitangan dalam tempoh dua minggu sebelum mengemukakan laporan kepada pihak berkaitan.
- Memaklumkan akuan terima dalam tempoh 1 hari bagi setiap aduan yang diterima manakala maklumbalas dalam masa 15 hari.
- Membuat pemantauan ke bahagian-bahagian berkaitan setiap 6 bulan sekali mengenai pematuhan kepada peraturan yang digunapakai.
- Mengadakan Mesyuarat Lembaga Tatatertib apabila ada kes yang berkaitan dan mengemukakan Laporan Pengurusan Tatatertib kepada JPA sebanyak 4 kali setahun.