Unit Undang-undang Unit Undang-undang

Objektif

Menjadi sebahagian dari seisi dengan sebarang tugasan harian jabatan (KESEDAR) yang menjadikannya mematuhi keperluan undang-undang, termasuk prosedurnya serta melindungi secukupnya keselamatan perundangan jabatan dan penjawat.

Aktiviti

  • Penyemakan dokumen-dokumen kontrak kerja, bekalan dan perkhidmatan termasuk pendrafan yang melibatkan Bahagian Pentadbiran, lain-lain Bahagian dan Wilayah serta Unit JKR meliputi, Hal ehwal melibatkan harta benda KESEDAR seperti tindakan perlu dalam kes-kes kemalangan kenderaan, termasuk tuntutan, pembelaan, kerosakan/kehilangan harta lain seperti rumah, harta lain.

  • Memberi nasihat dalam hal ehwal kakitangan seperti tindakan tatatertib, pemantuhan kaedah pengambilan/pemberhentian kakitangan, kontrak pekerjaan dan seumpamanya, termasuk melakukan semakan, kes-kes melibatkan aspek perundangan. Menghadiri kes-kes Mahkamah, Tribunal, Jawatankuasa berstatu undang-undang, dan seumpamanya untuk dan bagi pihak KESEDAR.

  • Pelbagai khidmat perundangan kepada syarikat-syarikat anak keupayaan KESEDAR seperti aspek kontrak, tindakan, perjawatan dan lain-lain. Memberi nasihat dan pandangan perundangan di dalam apa-apa perbincangan, Jawatankuasa dalaman/luaran KESEDAR, proses rundingan perundangan (negotiation).

  • Mengemaskini (up-dating) rekod, kes-kes Mahkamah, Jernel, Warta, Pekeliling Arahan dan lain-lain bagi keperluan memberi pandangan perundangan. Menjalankan penyelidikan perundangan bagi kemajuan profesionalisma untuk memenuhi kemantapan dan perkembangan organisasi KESEDAR.

  • Penyeliaan dan penelitian segala urusan dalaman harian KESEDAR yang melibatkan aspek perundangan seperti pengkelasan mengikut Akta Rahsia Rasmi, keperluan pematuhan Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, keputusan Lembaga, Pekeliling dan memberi pentafsiran sesuatu isu yang dibangkitkan. Tugas-tugas Peseuruhjaya Sumpah untuk KESEDAR.

  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Lembaga dan pengurusan KESEDAR.

<

Halaman: 1  2