Berusaha membuka minda dan membina budaya kearah melahirkan masyarakatyang berpegang teguh kepada ajaran agama, berilmu, memiliki daya tahan dan nilai etika yang murni melalui program pembangunan sumber manusia.
Memberi bantuan kepada penduduk termiskin di dalam kawasan Kelantan Selatan mengikutdasar-dasar yang ditetapkan bagi mencapai sasaran kemiskinan sifar menjelang tahun 2010.
Berusaha meningkatkan kesejahteraan penduduk Kelantan Selatan melalui program-progam pembangunan kawasan penempatan, penyediaan kemudahan asas, awam dan sosial.
Berusaha meningkatkan pendapatan masyarakat Kelantan Selatan supaya melepasi garis kemiskinan melalui program-program pembangunan pertanian, perniagaan, industri luar bandar dan pelaburan.
Projek dan aktiviti pembangunan dirancang dan dilaksanakan mengikut rangka kerja lima tahun dan tahunan berasaskan sasaran yang telah ditetapkan.
Menyediakan laporan kemajuan bulanan, sukutahun dan tahunan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Memberi perkhidmatan dan layanan mesra, cekap, tepat dan kepada pelanggan.