Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
Visi
Menjadikan KESEDAR sebuah agensi contoh dan rujukan dengan kecemerlangannya dalam pembangunan organisasi, infra, ekonomi dan kerohanian.
Misi
Meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran, tanggungjawab dan disiplin penjawat kearah melahirkan perjawat yang tinggi tahap profesionalisma.
Meningkatkan kecekapan, kebijaksanaan dan keberkesanan (cost effective) pengurusan Korporat dan Sumber.
Meningkatkan imej organisasi supaya sentiasa berpegaruh dan dihormati.
Objektif
Piagam Pelanggan
Kelulusan pinjaman kenderaan dalam masa 2 minggu dan tertakluk kepada baki peruntukan yang ada.
Kelulusan skim pembiayaan komputer dalam masa 2 minggu dan tertakluk kepada baki peruntukan yang ada.
Perakuaan pemangkuaan/tanggung kerja akan disiapkan dalam masa 2 minggu daripada tarikh penerimaan perakuan.
Penyediaan baucer pembayaran dalam masa 2 minggu.
Perakuaan pemberian taraf berpencen akan dibuat dalam masa 3 minggu setelah dokumen-dokumen berkaitan diperolehi.
Semakan dan kelulusan tuntutan elaun perjalanan dan lebih masa akan disiapkan dalam masa seminggu setelah tuntutan diterima.
Penyediaan Penyata Perubahan (KEW.8) dalam masa 1 minggu selepas menerima butir-butir perubahan.
Perakauan untuk kelulusan Elauan Motosikal dalam masa 1 minggu.
Menerima, menjawab dan membuat panggilan telefon dalam suasana yang mesra dan sopan sentiasa.
Merekodkan butir-butir perubahan ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dalam masa seminggu.
Urusan penyediaan butir-butir Pengesahan Jawatan dalam masa 2 minggu.
Surat-surat dari luar akan diedarkan kepada yang berkenaan pada hari yang sama atau pada hari berikutnya. Surat keluar akan diposkan pada yang berikutnya.
Penyadiaan kertas-kertas persaraan akan dimulakan 2 tahun sebelum tarikh persaraan.
Kelulusan semua jenis cuti dalam masa 1 minggu.