Laman Utama Laman Utama

Soalan Lazim Soalan Lazim

SOALAN LAZIM (FAQ's) UMUM MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR)

Adakah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) akan beroperasi seperti biasa?

  • Sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID – 19 dan selaras dengan Arahan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pegawai KESEDAR akan bekerja dari rumah bermula dari 18 Mac 2020 sehingga berakhir PKP. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pegawai dari semasa ke semasa yang akan berada di pejabat bagi menyelesaikan urusan berkaitan kewangan dan pentadbiran sebelum mereka terus pulang setelah selesai melaksanakan tugas-tugas segera dan penting. Pengurus Besar akan mengeluarkan surat arahan kepada kakitangan yang perlu hadir ke Pejabat sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

 

Adakah Ibu Pejabat KESEDAR dan Pejabat Operasi KESEDAR dibuka kepada orang awam masih boleh dikunjungi?

  • Ibu Pejabat KESEDAR dan semua Pejabat Operasi KESEDAR ditutup kepada umum buat sementara waktu mulai 18 Mac 2020 sehingga berakhir PKP.

 

Apakah program-program KESEDAR yang melibatkan perhimpunan ramai khususnya penduduk desa-desa KESEDAR akan diteruskan seperti yang telah dirancang?

  • Semua program KESEDAR yang melibatkan perhimpunan ramai ditangguhkan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Bagaimana kedudukan sebutharga yang telah tarikh tutup dalam tempoh PKP?

  • Tarikh tutup sebutharga telah dilanjutkan sehingga berakhir PKP dan hebahan telah dibuat melalui platform pelawaan sebutharga tersebut dilakukan.

 

Adakah taklimat sebutharga yang dijadualkan dalam tempoh PKP akan diteruskan?

  • Tidak. Taklimat tersebut akan dijadualkan semula sehingga berakhir PKP.

 

Bagaimanakah dengan status tuntutan pembayaran bagi kerja-kerja fizikal dan pembekalan yang telah dikemukakan oleh kontraktor dan pembekal kepada KESEDAR sebelum atau pada tarikh 17 Mac 2020?

  • Bayaran tuntutan yang telah dikemukakan kepada KESEDAR sebelum atau pada 17 Mac 2020 yang telah lengkap invoisnya akan diuruskan sewajarnya bagi memastikan kontraktor dan pembekal tidak akan mengalami kesukaran terutamanya dalam urusan pembayaran gaji pekerja mereka. Tuntutan-tuntutan dalam tempoh PKP juga akan diuruskan sewajarnya sekiranya telah lengkap semua dokumentasi yang diperlukan , pihak yang berkepentingan boleh menghubungi KESEDAR Call Centre, di talian 09-9132200.

 

Adakah semua premis perniagaan KESEDAR perlu ditutup?

  • Ya, melibatkan semua kompleks perniagaan, bazar, arked, kawasan industri dan medan selera KECUALI bagi usahawan yang menjalankan perniagaan yang dibenarkan sahaja seperti pasar raya, pasar awam, kedai runcit, farmasi dan kedai serbaneka yang menjual barang keperluan harian.Kepada peniaga makanan, mereka hanya dibenarkan menjalankan perniagaan secara pembungkusan sahaja.

 

Adakah pemberian insentif KESEDAR kesan dari penularan wabak Covid-19?

  • KESEDAR menyediakann dua (2) insentif untuk membantu usahawan-usahawan KESEDAR kesan dari penularan wabak Covid-19 iaitu :

    1. Penangguhan bayaran pembayaran balik Skim Pinjaman Ekonomi KESEDAR selama enam (6) bulan

    2. Diskaun 30% penyewaan premis-premis perniagaan KESEDAR selama enam (6) bulan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ's) BERKAITAN KERJA-KERJA KONTRAKTOR DALAM PELAKSANAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR)

Adakah terdapat pengecualian terhadap mana-mana industri pembinaan dan penyelenggaraan dari Perintah tersebut?

  • Ada iaitu bagi kerja-kerja kritikal.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan kerja-kerja kritikal?

  • Kerja-kerja kritikal adalah kerja-kerja yang mana jika sekiranya tidak diteruskan boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada pekerja, orang awam atau persekitaran.

 

Apakah contoh kerja-kerja kritikal?

  • Contoh kerja-kerja kritikal adalah seperti berikut:

    1. Pembaikan Cerun

    2. Penampalan Pothol

    3. Traffic Management Control (TMC)

    4. Pemeriksaan berkala lif / travellator / escalator dan lain-lain peralatan mekanikal dan elektrikal yang kritikal

    5. Pembaikan berkala lif / travellator / escalator dan lain-lain peralatan mekanikal dan elektrikal yang rosak

    6. Kerja-kerja peyelenggaran di premis-premis perkhidmatan kritikal

    7. Kerja-kerja naik taraf fasiliti di premis-premis perkhidmatan kritikal

    8. Pembaikan traffic light

    9. Pembinaan Bailey Bridge di lokasi jambatan roboh

    10. Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak

    11. Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya

 

Apakah kontraktor boleh membuat apa-apa tuntutan kepada Kerajaan terhadap kerugian yang dialami akibat dari pelaksanaan Perintah tersebut?

  • Tidak. Kerajaan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kerugian kerana penyebaran wabak ini adalah sesuatu di luar kawalan Kerajaan.

 

Adakah projek-projek yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah ini boleh diberi pelanjutan masa?

  • Ia bergantung kepada klausa kontrak yang telah ditandatangani.

Halaman: 1  2  3