Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan
Program ini bertujuan mempercepatkan pembangunan bandar dan pusat pertumbuhan yang berpotensi di Kelantan Selatan. Penyediaan kemudahan awam dan sosial yang bersesuaian dilaksanakan bagi mencapai tujuan ini terutamanya di Bandar Gua Musang. Pada tahun 2010, program ini telah diluluskan peruntukan RM1,915,000.00 bagi melaksanakan empat projek utama iaitu Kompleks Sukan Gua Musang (RM727,000.00), Tembok Penahan Jalan 1-1 (RM550,000.00), Tapak Bandar Gua Musang (RM38,000.00) dan Perpustakaan Awam Gua Musang (RM600,000.00).
Pencapaian
Perbelanjaan sebanyak RM1,847,053.00 (96.5%) telah dibuat bagi pelaksanaan empat projek pada tahun 2010. Projek Kompleks Sukan Gua Musang yang dimulakan pada tahun 2009 telah siap dibina dan membelanjakan RM727,000.00 (100%).
Projek Pembinaan Tembok Penahan Jalan 1-1, Gua Musang telah mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM513,404.00 (93.3%). Projek ini yang bermula pada tahun 2009 telah disiapkan pada tahun 2010. Projek Tapak Bandar Gua Musang yang berfokus kepada kerja penyelenggaraan Dataran KESEDAR Putra telah membelanjakan RM34,101.00 (89.7%) berakhir 31 Disember 2010.
Perpustakaan Awam Gua Musang telah siap dibina dan mencatat perbelanjaan RM572,548.00 (95.4%). Perpustakaan ini akan diserahkan kepada Perpustakaan Negara pada tahun 2011.