Wilayah Jeli/Tanah Merah membangun dengan penduduk makmur, taraf ekonomi meningkat serta menguntungkan
Misi
Ke arah melahirkan masyarakat yang sejahtera, insaf, bertanggungjawab dan berkualiti
Objektif
Untuk melaksanakan program pembangunan manusia di Wilayah Jeli/Tanah Merah kearah melahirkan masyarakat luar bandar yang dinamis, kreatif, berdaya maju dan berdaya tahan bagi merealisasikan pencapaian wawasan 2020.
Untuk melaksanakan program pembangunan ekonomi di Wilayah Jeli/Tanah Merah secara progresif dan produktif.
Melaksanakan pembangunan fizikal termasuk infrastruktur, kemudahan awam, pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan, Pembangunan Kampung Ttradisional, daya wawasan, pembangunan perumahan dan perkedaian serta landskap.
Piagam
Pembayaran kemajuan kerja akan dikemukakan ke bahagian kewangan dalam tempoh 1 minggu selepas tuntutan yang lengkap dikemukakan oleh pembekal/kontraktor.
Pengaduan daripada kumpulan sasar akan diambil tindakan dalam tempoh 2 minggu.
Bersedia memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, cekap dan tepat kepada semua pelanggan.