Hari Raya KESEDAR Wilayah Gua Musang: Sambutan Meriah Masyarakat Di Pejabat-Pejabat Operasi
KESEDAR mengambil kesempatan sepenuhnya musim perayaan tahun ini dengan mengadakan Majlis Hari Raya dikesemua tiga Pejabat Operasi dalam Wilayah Gua Musang iaitu Pejabat Operasi Sg. Terah, Limau Kasturi dan Rantau Manis pada 18, 23 & 25 Mei 2022.
Menjawab pertanyaan orag ramai, Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR memaklumkan kesemua Pejabat Operasi diminta mengadakan majlis kerana mengambil kira hasrat masyarakat Gua Musang yang bersemangat menyambut Aidilfitiri tahun ini setelah 2 tahun tidak berkesempatan meraikanya.
Pengurus Besar berharap majlis yang mendapat sambutan yang luar biasa masyarakat itu memberi natijah yang baik kepada hubungan erat antara anggota masyarakat dan juga orang ramai dengan KESEDAR. Komunikasi dan interaksi antara pihak KESEDAR dengan pelbagai lapisan masyarakat akar umbi pula akan memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih tepat dan sesuai dengan keperluan rakyat.
Majlis lebih meriah dan bermakna kepada orang ramai dengan kehadiran YB. Tuan Haji Ab. Aziz Yusoff, ADUN Nenggiri, YB. Tuan Hj. Amran Ariffin, ADUN Paloh, YB. Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Galas, YBrs. Tuan Haji W. Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Hajah Norlidasaidi Awang Teh, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, En. Ramadhan Sulaiman, Pengurus Wilayah Gua Musang dan En. Mohd Fadhly Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, KESEDAR.