Hari Raya KESEDAR Wilayah Kuala Krai : Medium Hubungan Dengan Masyarakat

KESEDAR memanfaatkan musim perayaan dengan mengadakan majlis rumah terbuka Majlis Hari Raya di kesemua 4 Pejabat Operasi termasuk Pejabat Wilayah Kuala Krai yang diadakan pada 26 Mei 2022.

Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR berharap majlis yang dikunjungi hampir 1000 orang penduduk sekitar Kuala Krai menjadi medium penting hubungan erat antara penduduk Jajahan Kuala Krai dengan pentadbiran Pejabat KESEDAR Wilayah itu.Dalam majlis tersebut turut disempurnakan penyampaian bantuan zakat kepada 40 orang asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) berjumlah RM 4,000.

Majlis tersebut lebih bermakna kepada orang ramai dengan kehadiran YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Hilmi Abdullah, ADUN Guchil, YBhg. Datuk Mohammad Zulkepli Omar, Pengerusi KESEDAR Holdings Sdn. Bhd., YABrs. YM Tuan Haji Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Ketua Jajahan Kuala Krai, Pengurus-pengurus Bahagian KESEDAR dan Ketua-ketua Agensi dan Jabatan di sekitar Kuala Krai.

Accessibility Toolbar