Kejohanan Petanque Kelab Keluarga KESEDAR (3K) Sempena Hari Sukan Negara

Jeli, 17 Oktober 2022 – Sebanyak 30 pasukan yang mewakili bahagian, pejabat wilayah dan unit masing-masing mengambil bahagian dalam Kejohanan Petanque Kelab Keluarga KESEDAR (3K) Sempena Hari Sukan Negara. Turut hadir untuk menaik semangat para pemain ialah Tn. Hj. W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR dan En. Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed, YDP Kelab 3K.

Buat julung kalinya, kejohanan ini diadakan di Gelanggang Petanque Kg. Legeh, Jeli. Kejohanan yang dijalankan secara triple ini bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Pasukan ICT dari Bahagian Teknologi Maklumat muncul sebagai johan menewaskan pasukan WKK dari Pejabat Wilayah Kuala Krai.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan pasukan yang bertanding.

Accessibility Toolbar