KESEDAR Bantu Mangsa Bencana RKT Sg Asap Dan RKT Jeram Tekoh

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah turun membantu penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh dan RKT Sungai Asap yang terjejas akibat ribut dan banjir kilat yang berlaku pada 19 Februari 2022. Seramai 42 buah keluarga terkesan daripada bencana alam tersebut dan menerima kit bantuan makanan melalui peruntukan Program Rehabilitasi. Sumbangan kit ini bertujuan untuk meringankan sedikit sebanyak mangsa yang terlibat.

Majoriti keluarga yang terjejas terdiri dalam kalangan peneroka dan generasi kedua KESEDAR. Seramai 37 orang mangsa ribut di RKT Sg. Asap dan 5 orang mangsa banjir di RKT Jeram Tekoh terlibat dalam musibah ini. KESEDAR juga turut mengambil tindakan segera membekalkan semua keperluan membaiki kerosakan rumah-rumah mangsa.Majlis penyampaian kit bantuan makanan telah disempurnakan oleh YB. Hj. Ab. Aziz bin Yusof, ADUN Nenggiri. Hadir sama YABrs. Dr. Shahrir bin Mohamad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR, En. Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, En Wan Mohd Afzainizam bin Wan Abdul Latif , Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian dan Ustaz Fakri bin Mohamed Ketua Peneroka RKT Jeram Tekoh.

Accessibility Toolbar