KESEDAR Cakna Masyarakat India Gua Musang

BANDAR BARU, 30 September – Pengurus Besar KESEDAR, Dr. Shahrir Mohammad Zakey berkesempatan menyantuni masyarakat India disekitar Wilayah Gua Musang bagi mengukuhkan jalinan hubungan antara KESEDAR dan masyarakat setempat pada hari ini.

Pengurus Besar KESEDAR amat menitikberatkan prinsip Keluarga Malaysia yang diseru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar berpegang kepada konsep Tasamuh, iaitu ajaran Islam yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan. Beliau turut berkata, konsep Tasamuh selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat Malaysia menghargai dan memahami nilai perbezaan tidak kira bangsa malah agama.

Turut hadir, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Fadly Abdul Manaf.

Antara lokasi yang sempat dikunjungi adalah 10 buah rumah disekitar Kawasan Bandar Baru Gua Musang iaitu Taman Tropika, Perumahan JPN Gua Musang, PPR Gua Musang dan Tanah Putih.

Accessibility Toolbar