KESEDAR Pendorong Kecemerlangan Pendidikan : Bantuan Persekolahan Dan Kelengkapan Robotik
GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) memberi sumbangan bantuan persekolahan berjumlah RM 15,000 dan kelengkapan robotik kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan Tengku Bendahara (SMKTB) Gua Musang.
Sekolah angkat KESEDAR tersebut menerima bantuan bagi meringankan beban 150 orang pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menggunakan kriteria yang ditentukan sendiri oleh pihak sekolah SMKTB.
Setiap pelajar akan menerima bantuan berjumlah RM 100.00 untuk membeli barangan keperluan sekolah seperti alat tulis dan seumpamanya. Selain itu, KESEDAR juga turut memberi kelengkapan robotik kepada sekolah berkenaan dalam usaha menyokong minat dan kecenderungan pelajar dalam teknologi baharu berkenaan.
Bantuan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Mohammad Zakey kepada pengurusan sekolah yang diwakili Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohd Khairul Bahri Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwah Murid, En Ahmad Said, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rokiah Ali dan Guru robotik, Puan Nurul Akyun Yusoff