KESEDAR Tingkatkan Kemahiran Pemegang Lesen Senjata Api Dalam Kalangan Penjawat

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Sesi Latihan Kemahiran Menembak & Melepaskan Tembakan Tahun 2022 dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang (IPD GM) di Lapang Sasar Rantau Manis, Gua Musang.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, teknik serta pendedahan mengenai pengendalian senjata yang betul dan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM.

Seramai 18 orang pemegang lesen senjata api milik KESEDAR yang terdiri dalam kalangan penjawat telah menyertai sesi latihan tersebut dengan pemantauan dan bimbingan daripada pihak IPD Gua Musang.

Turut hadir dalam program tersebut, Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir bin Mohammad Zakey dan Timbalan Ketua Polis Gua Musang, YDH Deputi Superintendan Azmi Mokhtar.

Accessibility Toolbar