Program Desa Lestari adalah merupakan salah satu program dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar. Pihak KESEDAR berkesempatan melawat kawasan tapak Desa Lestari di Pulau Tengah bagi Projek Eko-Pelancongan Taman Kelip-Kelip yang baru sahaja mendapat kelulusan daripada KKDW.
Kampung Pulau Tengah Kubang Kerian, di Kota Bharu terletak di pinggir sungai, dengan landskap alam semula jadi yang menakjubkan. Lantaran itu, ia memberi inspirasi kepada penduduk setempat untuk menjadikannya salah satu destinasi pelancongan unik di negeri Kelantan.
Lebih menarik, ia diusahakan hasil kerjasama dan kreativiti penduduk setempat yang berganding bahu membangunkan kampung berkenaan.Lokasinya yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Kota Bharu, kini bersedia menerima kehadiran pengunjung untuk menikmati biodiversiti dan keindahan alam semula jadi.
KESEDAR mengucapkan tahniah kepada Koperasi Desa Lestari Pulau Tengah dan semoga terus maju dalam membangunkan desa kearah yang lebih baik.
Turut hadir menyertai lawatan ini adalah Pn. Yunaiha binti Ismail, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, En. Azman bin Mohamad, Penolong Pengurus Wilayah Kuala Krai, En. Mohamad Rizuddin bin Mohd Radzi, Penolong Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, En Muhamad Faiz bin Romeli, Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Strategik, serta pegawai-pegawai KESEDAR.