Majlis Berbuka Puasa Ahli Parlimen Gua Musang : Dirgahayu YBM Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG – YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan di Gua Musang pada 18 April 2022, bertempat di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang.
YABrs Dr Shahrir Mohammed Zakey, Pengurus Besar KESEDAR turut hadir ke majlis berkenaan mempersembahkan bingkisan berupa pulut semangat kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah sempena hari lahir YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 13 April lalu. Persembahan tersebut merupakan manifestasi doa daripada seluruh warga KESEDAR semoga YBM Tengku Razaleigh Hamzah terus dipanjangkan usia dan dianugerahkan kesihatan berpanjangan bagi menabur bakti kepada masyarakat, khususnya penduduk Jajahan Gua Musang yang berada dalam wilayah Kelantan Selatan. Turut hadir dalam majlis tersebut, YB Tuan Haji Ab. Aziz Yusof, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nenggiri merangkap Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR, YB Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Galas, YB Amran Arifin, ADUN Paloh, YBrs Tuan Haji Wan Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En Fadhly Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, En Ramadhan Sulaiman, Pengurus Wilayah Gua Musang dan Ketua-Ketua Jabatan & Agensi Kerajaan di Gua Musang.