Majlis Penyerahan Tablet PSP di bawah Program Rehabilitasi Komuniti

Gua Musang, 04 Disember 2022 – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan Majlis Penyerahan Tablet Program Sokongan Perniagaan (PSP) di bawah Program Rehabilitasi Komuniti yang bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Program ini merupakan inisiatif KESEDAR untuk membantu peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian selari dengan hasrat KESEDAR ke arah digitalisasi. Program ini telah memberi manfaat kepada 120 orang peserta dengan nilai bantuan sebanyak RM5,000.00 seorang. KESEDAR telah melaksanakan kursus dan menyediakan bantuan peralatan perniagaan beserta tablet kepada semua peserta-peserta PSP.

KESEDAR sentiasa prihatin dalam membantu para peniaga luar bandar untuk mengembangkan perniagaan bagi meningkatkan sumber pendapatan. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada semua peniaga untuk terus maju ke hadapan.

Majlis telah disempurnakan oleh YABrs Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR juga turut dihadiri oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Fadly bin Abd Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang, Encik Mohd Ramadhan bin Sulaiman dan Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Encik Wan Mohd Afzainizam bin Wan Abdul Latif.

Accessibility Toolbar