Malaysia #QuranHour 2022 Peringkat Negeri Kelantan

GUA MUSANG – Malaysia #QuranHour 2022 peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di Masjid Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram Makkah di sini pada Selasa menarik lebih 5,000 penyertaan termasuk orang kurang upaya (OKU).

Tambah menarik penganjuran itu menampilkan Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang berstatus OKU cacat penglihatan.

Penganjuran program oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada tahun ini mendapat penajaan utama rakan sinergi daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang beribu pejabat di Gua Musang.

Turut hadir, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang merasmikan program itu.

Program ini memilih bacaan dan tadabbur surah Al-Sajdah serta bacaan doa Malaysia Teguh Bersama selama sejam bermula pada jam 12 tengah hari.

Accessibility Toolbar