Pengurus Besar KESEDAR “Turun Padang” Ke Tapak Projek Kemudahan Awam WKS
21 September 2022- YABrs. Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR mengadakan lawatan ke tapak-tapak Projek Kemudahan Awam Wilayah Kelantan Selatan (WKS) bagi melihat sendiri perjalanan kemajuan projek yang dilaksanakan.
Turut hadir bersama Encik Ramadhan Sulaiman, Pengurus Wilayah Gua Musang dan Encik Wan Mohd Afzainizam Wan Abdul Latif, Pengurus Pembangunan Pertanian serta pegawai-pegawai bahagian yang terlibat.
Antara lokasi tapak projek yang dilawati adalah Kampung Lepan Jaya, Tanah Putih, Bandar Utama, Sungai Asap A, Sungai Asap B dan Jeram Tekoh.