Dabong, Kuala Krai : Sebanyak 44 buah rakit yang menyertai pesta berakit kali ni yang mana pelbagai Agensi dan Jabatan termasuk NGO seluruh Kelantan mengambil bahagian dalam acara ini. Kesedar Wilayah Kuala Krai juga tidak ketinggalan dalam menyertai acara ini dengan menghantar 3 pasukan bagi memeriahkan lagi pesta berakit ini sempena Sambutan Hari Malaysia (16 September 2022).
Pesta ini bermula dari Dabong ke Kg. Bahagia dan berakhir di Kg. Batu Lada, Batu Mengkebang, Kuala Krai.
Pesta ini dilepaskan oleh : YB Ustaz Ku Zaki Ku Hussin (ADUN Dabong)
Perasmian Pembukaan Oleh : YB Ustaz Abdul Latif bin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai)
Pelbagai Acara dipertandingkan :-
1- Sukan Air Lumba Bot
2- Tangkap Itik
3- Persembahan kebudayaan
4- Memancing
Perasmian Penutup Oleh : YB Hilmi bin Abdullah (ADUN Guchil)
Turut hadir ke pesta ini adalah Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh (Timb. Pengurus Besar Pengurusan) KESEDAR, Haji E.Samudin bin Basri (Pengurus Wilayah Kuala Krai), Ketua-ketua Jabatan Jajahan Kuala Krai, Azman bin Mohamad (Penolong Pengurus Wilayah Kuala Krai), Pegawai-pegawai KESEDAR Wilayah Kuala Krai serta Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang.
Alhamdulillah KESEDAR mendapat tempat ke-5 daripada 44 pasukan yang menyertai Pesta Berakit Parlimen Kuala Krai Tahun 2022.
Syabas dan Tahniah kepada Team KESEDAR dan Semua pasukan yang menyertai diatas komitmen dan kerjasama dalam mengerah kudrat bagi merealisasikan matlamat dan berjaya sampai ke garisan penamat dengan jayanya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan semasa dalam pelayaran masing-masing.