Program Kayuhan Sihat Merdeka Dan Berjalan Teguh Bersama

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) menganjurkan Program Kayuhan Sihat Merdeka dan Berjalan Teguh Bersama di Taman Etnobotani KESEDAR, Gua Musang pada 31 Ogos 2022.

Program ini melibatkan seramai 1500 peserta yang terdiri daripada warga kerja KESEDAR dan pelajar-pelajar di 3 buah sekolah sekitar Gua Musang.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini ialah YB. Ab. Aziz Bin Yusof, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, YABrs Dr. Shahrir Bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR dan Puan Hjh Norlidasaidi Binti Awang Teh, Timb. Pengurus Besar (Pengurusan).

Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan disamping membina ikatan ukhwah dikalangan warga kerja KESEDAR dan pelajar.

Accessibility Toolbar