Program Kesedaran dan Penilaian Awal Ke Arah Pensijilan Halal Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

GUA MUSANG, 1 & 2 November 2022 – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di bawah Bahagian Ekonomi dan Pelaburan telah melaksanakan Program Kesedaran dan Penilaian Awal Ke Arah Pensijilan Halal KESEDAR yang bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Program yang merupakan salah satu sub-program di bawah Program Peningkatan Kualiti Produk bertujuan memberi pendedahan awal kepada usahawan-usahawan di bawah bimbingan KESEDAR terhadap kepentingan dalam mengutamakan pensijilan halal di dalam perniagaan.

Seramai 70 orang usahawan Wilayah Kelantan Selatan yang telah menghadiri program ini dan hanya 30 buah syarikat sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti Program Latihan dan Bimbingan Halal.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Hajah Norlidasaidi binti Awang Teh juga turut dihadiri oleh Pengarah Wilayah Pantai Timur SIRIM Berhad, YBrs. Tuan Haji Bahrim bin Yunos, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, Puan Yunaiha binti Ismail serta pegawai-pegawai KESEDAR.

Accessibility Toolbar